Saturday, June 14, 2008

Lagu Melayu? Jiwangz lah!

Hai.... Macam mana semua? Hari ni special sikit... Ju nak cuba blog dalam bahasa Melayu... Dah lama tak cuba so Ju nak practice sikit ah... Kalau tak perfect, minta maaf lah... asalkan semua yang baca faham okey...

Ok lah baru-baru ni banyak kawan-kawan yang tanya dengan Ju kalau Ju ada lagu-lagu Melayu. Malu sikit untuk Ju nak jawab soalan tu sebab Ju dah lama tak dengar lagu Melayu. So nak katakan Ju tak tahu lah siapa yang tengah hot sekarang dalam industri muzik kita. Tapi tak mengapa, Ju dah buat research sikit and now Ju rasa Ju dah tahu sedikit sebanyak tentang topik ni.

Selepas mendengar beberapa lagu-lagu pilihan Ju, Ju rasakan kebanyakkan lagu-lagu melayu ni bertemakan pasal cinta atau pasal putus cinta. Tak bosan ke dengar lagu-lagu macam ini? Ju find lagu-lagu Melayu terlalu JIWANG sangat.... TAK BOLEH ANGKAT!!! Haha... Tapi tak semua Ju tak suka, ada yang Ju suka jugak. Akhir kata, apa yang kita suka terpulang lah kepada si pendengar. Setiap orang ada citarasa yang tersendiri!

Pelik Tapi Benar,

JoE

No comments :